Tentang KAmi
Warisan Rasa Di Klasik Terapung.
Bermula pada tahun 1993, Restoran Klasik Terapung (Garden Restaurant) telah menjadi destinasi ikonik bagi pencinta masakan panas ala Thai, Melayu, dan Cina di Melaka. Kami memahami bahawa setiap hidangan bukan sekadar makanan, tetapi satu memori yang dikongsi bersama insan tersayang.
Terletak di kawasan strategik Batu Berendam, kami menawarkan lebih daripada sekadar menu yang lazat. Dengan seni bina yang menggabungkan elemen alam dan keselesaan, kami menyediakan ruang makan terbuka yang sesuai untuk seisi keluarga dan rakan-rakan untuk berehat sambil menikmati hidangan signature kami.
HUBUNGI KAMI:
Call atau Whatsapp:
Pn. Farah 016-613 4004
En. Arazi 013-640 5509
Menarik ni Restoran Klasik Terapung
Suasana & Pengalaman Indah
Pilihan Menu
Menyajikan pelbagai pilihan hidangan masakan panas ala Thai, Melayu, dan Cina yang lazat. Kami turut menawarkan set pakej berkumpulan dan keluarga yang sangat menjimatkan, direka khas untuk menepati bajet dan citarasa setiap pelanggan kami.
Servis & Majlis
Kami menyediakan perkhidmatan istimewa bagi memastikan setiap keraian anda berjalan lancar dan menjadi kenangan indah. Suasana taman terapung yang eksklusif berserta servis mesra menjadikan kami pilihan utama untuk pelbagai majlis di Melaka.
Lokasi Menarik
Terletak secara strategik di Batu Berendam, restoran kami menawarkan pengalaman menjamu selera yang mendamaikan berlatarbelakangkan pemandangan tasik. Limpahan cahaya lampu pada waktu malam pastinya memukau pandangan anda.
Seris berkualiti
Kepuasan anda adalah keutamaan kami. Bahagian dapur kami sangat komited dan hanya menggunakan bahan mentah serta hasil laut yang segar setiap hari bagi menjamin kualiti dan keaslian rasa dalam setiap hidangan yang disajikan.
Menarik D Klasik Terapung
Lebih Daripada Sekadar Tempat Makan

Pemandangan Tasik Mewah
SUASANA MALAM YANG MEMUKAU - Nikmati ketenangan menjamu selera di atas tasik yang indah. Apabila malam menjelma, limpahan cahaya lampu menukarkan suasana restoran menjadi sebuah destinasi yang sangat eksklusif, romantis, dan sedap mata memandang.

Ruang Acara Terbuka
FLEKSIBEL UNTUK SEBARANG MAJLIS - Kami menyediakan kawasan luas yang amat sesuai untuk pelbagai jenis keraian. Sama ada sambutan hari jadi, makan malam korporat, atau perjumpaan keluarga (reunion), ruang kami sedia memuatkan tetamu anda dengan selesa.

Destinasi Hari Bahagia
PAKEJ PERKAHWINAN EKSKLUSIF - Taman terapung ini sering menjadi pilihan utama pasangan raja sehari untuk melangsungkan majlis resepsi, terutamanya pada waktu malam. Latar belakang tasik bergemerlapan pasti menjadikan majlis kahwin anda nampak sangat mewah dan gah.